Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 1, 2011

Cara-cara Buat Decoupage

Cara-cara Buat Decoupage

Decoupage tu Bahasa Perancis. Decoupage  merupakan seni hiasan objek dengan menggunakan kaedah gunting serta tampal kertas berwarna.

Ini semua kerja2 orang2 seni kreatif dan orang yang mempunyai minat pada english style..

ada banyak cara sebenarnya mengikut kreativiti masing2.
Tapi secara asasnya adalah seperti berikut.

Bahan-bahan1- Primer iaitu gesso.Biasanya kita gunakan White Gesso.Nak guna warna lain pun boleh juga
2- Paper Napkin (sebaiknya yang Acid Free), atau tisu biasa, atau Decoupage paper
*Boleh juga ambil keratan2 majalah yang ada imej yang cantik.
3- Gam untuk tampal.Bukan gam biasa,tapi special untuk decoupage.Boleh guna Clear Glaze Medium atau All Purpose Sealer.
4- Arcylic Paint
5- Varnish
6- Berus yang sesuai
7- Gunting

Langkah demi langkah1- Bersihkan medium yang hendak dibuat decoupage
Contoh: Kayu,tin,botol dan sebagainya.(kat perabot pun boleh cth mcm almari,meja,kerusi)
2- Sapukan sealer terlebih dahulu.Biarkan kering.
3- Sapukan White Gesso.Cara sapuan sama ada dab-dab menggunakan span atau boleh juga menggunakan foam brush.Tunggu kering dan sapu lagi untuk lapisan kedua sehingga anda berpuas hati.
4- Kemudian warnakan background dengan arcylic paint yang sesuai dengan warna latar belakang motif dari tisu atau kertas decoupage.
5- Sementara menuggu kering,anda bolehlah menggunting motif yang hendak ditampal.
6- Setelah itu,sapukan Clear Glaze Medium(sesuai untuk tisu) atau All Purpose Sealer ke permukaan medium anda.Kemudian tampalkan motif corak yang digunting tadi.
7- Sapukan sekali lagi di sebelah atas motif yang telah ditampal tadi.Cuba buat perlahan supaya tidak koyak dan kurangkan kedutan2 akibat dari gelembung udara.
8- Setelah kering,bolehlah sapukan Varnish sebagai proses akhir.Boleh sapukan sebanyak 2 lapisan untuk hasil yang lebih baik.Tunggu lapisan pertama kering dahulu.
 
atas perkongsian ilmu ini.