Saya seorang peminat seni. Dari kecil saya telah didedahkan dengan lapngan seni. Ayah dan ibu seorang pecinta seni, mungkin. Melihat ayah dalam karya-karyanya. Seni Lukisan Tampak, Lukisan Kolaj dan Seni Khat Khufi. Apabila remaja, saya diajar dan dimestikan tahu mengait benang, menyulam, dan menjahit. Masuk ke universit rupanya semua itu boleh buat side income yang halal. Tapi dek kekangan masa kesibukan dengan kuliah seterusnya bekerjaya dan bekeluarga, seni-seni itu kini tersimpan di memori sahaja.
Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu mengenai apa jua jenis sulaman dan jahitan,teknik-teknik dan idea dari pelbagai blog dan laman web yang lain. Ia dipetik dan disalin daripada web atau blog lain yang saya sediakan link pada bawah entry. Tujuan blog ini adalah sebagai buku skrap online berkaitan seni sulaman, seni jahitan dan apa sahaja berkaitan seni.